Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

hubungi-kami

Rendang Daging Lada Hitam

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Pal Sweet® Seri-Aji® Black Pepper Seasoning TUMIX® Chicken Stock
Ajinomoto Malaysia
Keterangan Resipi

Penyediaan rendang telah menjadi begitu senang dengan adanya Perencah Lada Hitam SERI-AJI®. Rasa rendang dipertingkatkan lagi dengan penambahan AJI-NO-MOTO® dan Pati Ayam TUMIX®. Sesuai sebagai iringan untuk hidangan nasi, roti, capati dan lain-lain.

Bahan-bahan
Bahan-bahan:
500 g Daging batang pinang, dikiub 2 cm
1 paket Perencah Masak Lada Hitam SERI-AJI®
2 sudu besar Air asam jawa (1 sudu kecil asam jawa)
3 sudu besar Minyak
500 ml Santan* (1 biji kelapa)
2 sudu besar Puri tomato
2 sudu besar Kerisik
Sedikit AJI-NO-MOTO® secukupnya
1 sudu besar Perencah Pati Ayam TUMIX®
1 paket Pemanis Kalori Pal Sweet®
Bahan kisar:
1 labu Bawang besar
5 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
2 cm Halia
2 batang Serai
4 biji Buah keras
Cara Menyediakan
1. Perap daging dengan Perencah Masak Lada Hitam SERI-AJI® dan air asam jawaselama 2 jam.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
3. Masukkan daging, kacau rata. Bila air daging kering, tuangkan santan.
4. Kacau sekali-sekala hingga mendidih. Perlahankan api dan masak hingga kuah menjadi separuh dan daging empuk (tambah air jika belum empuk).
5. Bubuh puri tomato, kerisik, AJI-NO-MOTO® dan Perencah Pati Ayam TUMIX®.
6. Kacau hingga pekat kemudian angkat dan masukkan Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet®.
Kembali ke Senarai Resipi
Ajinomoto Product