Rendang Kerang

30 minit

10 Hidangan


Hidangkan Rendang yang enak dengan cara yang luar biasa. Rendang Kerang kegemaran penggemar makanan laut. Mudah disediakan tidak perlu masak dengan masa yang lama. Enak dinikmati bersama nasi himpit ataupun Nasi Serai istimewa kami.

½ cawan | Minyak masak |
1 cawan | Santan |
½ cawan | Air |
2 helai | Kaffir lime leaves |
½ sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
1½ sudu kecil | Garam |
30 g | Gula Melaka, diparut |
3 sudu besar | Kerisik |
600gm | Isi kerang, dibersihkan |
3 helai | Daun kunyit, dihiris nipis |
Ingredients A: blended
8 biji | Bawang merah |
8 ulas | Bawang putih |
10 tangkai | Cili kering, direbus |
2 inci | Halia |
2 inci | Lengkuas |
2 batang | Serai |
4 inci | Kunyit hidup |
½ cawan | Air |

- Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar (A) sehingga naik bau.
- Masukkan santan, air dan daun limau purut.
- Perasa dengan AJI-NO-MOTO®, garam dan gula melaka.
- Masukkan kerisik, masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan kerang dan daun kunyit, kacau sehingga kerang masak dan kuah sedikit kering.
- Sedia untuk dihidang.


