Resepi Acar Jelatah


10 orang

Resepi Acar Jelatah yang mudah ini enak dimakan dengan hampir semua jenis nasi, terutamanya Nasi Tomato, Nasi Minyak dan Nasi Beriyani! Cukup dengan semua rasa masam, manis, masin dan sedikit pedas untuk membangkitkan selera.

100 g | Timun, dipotong |
100 g | Nanas, dipotong |
100 g | Lobak merah, dipotong memanjang |
2 biji | Bawang merah, dihiris |
1 biji | Cili merah, dihiris |
3 sachet | Pal-Sweet® |
½ sudu kecil | Garam |
1 sudu kecil | Cuka masakan |
1 sudu kecil | Jus limau nipis |

- Satukan Pal-Sweet®, garam, cuka masakan dan jus limau, gaul sebati.
- Masukkan ke semua bahan dan campurgaulkan sehingga sekata.
- Sedia untuk dihidang.


