Resepi Ayam Masak Halia

Ayam Masak Halia
1 jam 15 minit
recipe-cook-time
5 Hidangan
Description
Keterangan Resipi

Resepi Ayam Masak Halia adalah hidangan ayam yang dimasak dengan banyak halia segar. Berikut adalah hidangan ayam yang mudah disediakan yang rendah kalori.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
182.0 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
4.0 g
Protein
Protein
19.0 g
Fat
Fat
10.0 g
Sodium
Sodium
241.0 mg
Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan:

500 g Ayam, potong kecil
2 sudu kecil Minyak masak
1/2 cawan Air
1/3 sudu kecil Minyak bijan
1 sudu kecil Tepung jagung dicampur bersama 1 sudu besar air

Bahan-bahan A: perap

1/3 sudu kecil Gula
½ sudu kecil Serbuk lada sulah
½ sudu kecil Kicap pekat
½ sudu kecil Sos tiram
¾ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
½ sudu kecil Perencah Pati Ayam TUMIX®

Bahan-bahan B:

¼ biji Bawang besar, dihiris
½ saiz ibu jari Halia, potong memanjang
1-2 biji Bawang putih, di cincang
2 tangkai Cili kering, rendam didalam air dan dibuang bijinya
Method
Cara Menyediakan
  1. Perap ayam bersama bahan perap (A) selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan (B). Keluarkan separuh bahan tumisan, ketepikan.
  3. Masukkan ayam, kacau diatas api sederhana sehingga sedikit masak.
  4. Masukkan air dan reneh di atas api kecil selama 15 minit atau sehingga ayam lembut dan masak.
  5. Masukkan minyak bijan, campuran tepung jagung dan separuh bahan tumisan (B). Kacau rata.
  6. Sedia dihidang bersama nasi putih.
     
Method
Tips

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 19% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg