Ayam Masak Merah
10 orang
Tonton Video Memasak
Keterangan Resipi
Ayam masak merah ialah hidangan yang dibuat dengan memasak ayam bersama kuah kemerah-merahan campuran bahan berasaskan tomato dan cili. Ia boleh dihidangkan bersama dengan nasi tomato.
Ayam masak merah ini sangat popular semasa majlis perkahwinan ataupun hari raya. Terdapat banyak resepi ayam masak merah, tetapi tetapi bahan asasnya adalah tomato, cili, bawang, dan halia.
Ayam masak merah ala kenduri ini adalah hidangan yang sihat dan lazat yang boleh dinikmati pada bila-bila masa sepanjang hari. Ia sesuai untuk mereka yang inginkan sesuatu yang cepat dan mudah dimasak, tetapi masih mahukan sesuatu yang lazat dan mengenyangkan.
Bahan-bahan
1 ekor | Ayam, dipotong |
1 sudu besar | SERI-AJI® Perencah Rempah Gorengan |
Secukupnya | Minyak masak |
Bahan-bahan A: kuah
3 paket | SERI-AJI® Perencah Masak Merah |
¾ cawan | Air |
1 biji | Bawang besar, dihiris nipis |
1 biji | Bawang kuning, dihiris bulat |
2 tangkai | Daun ketumbar |
Cara Menyediakan
- Gaulkan ayam bersama SERI-AJI® Perencah Rempah Gorengan.
- Gorengkan sehingga garing dan ketepikan.
- Gaul SERI-AJI® Perencah Masak Merah bersama air sehingga sebati.
- Panaskan ½ cawan minyak gorengan, tumis bawang besar sehingga layu.
- Masukkan bancuhan SERI-AJI® Perencah Masak Merah, didihkan sehingga pekat.
- Masukkan ayam goreng dan bawang kuning. Gaul sehingga kuah menyaluti ayam.
- Hidang dan taburkan daun ketumbar di atas ayam masak merah.
- Sedia untuk dihidang.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Seri-Aji® Multipurpose Seasoning Recipes
Seri-Aji® Masak Merah Seasoning Recipes