Resepi Cendawan Berinti Kentang Berkeju
45 minit
4 Hidangan
Tonton Video Memasak
Keterangan Resipi
Resepi Cendawan Berinti Kentang Berkeju ini sangat lazat dan mudah disediakan. Inti kentang putar yang enak dan disempurnakan dengan lapisan keju mozarella
Bahan-bahan
100gm | Kentang russet, direbus |
5 gm | Daun kucai, dicincang |
2 sudu besar | Mentega cair |
1 ½ sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa |
200 g | Cendawan butang, (batang untuk dicampur bersama kentang) |
50 gm | Keju mozzarella, diparut |
Cara Menyediakan
- Panaskan ketuhar pada suhu 180◦c.
- Lenyek kentang rebus dan masukkan daun kucai, batang cendawan cincang, 1 sudu besar mentega cair, dan satu sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa dan ketepikan.
- Perap cendawan bersama 1 sudu besar mentega cair dan ½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa.
- Sumbat kentang lenyek tadi kedalam setiap cendawan dan susun cendawan di atas dulang pembakar.
- Taburkan keju mozzarella di atas setiap cendawan.
- Bakar cendawan di dalam ketuhar selama 25 minit pada suhu 180◦c. Sedia untuk dihidang.
Tips
Semasa membersihkan cendawan butang, buang kotoran menggunakan tisu dapur sehingga bersih.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes