Resepi Coklat Oat Bar


6 orang

Coklat Oat Bar ini sangat sesuai untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif kerana tinggi serat dan lebih sihat. Kaya dengan rasa coklat dan mengandungi bijirin yang membantu lebih kenyang. Mari cuba resepi Coklat Oat Bar yang mudah ini!

1 cawan | Mentega koko |
2 sudu besar | Mentega |
6 sudu besar | Serbuk koko |
20 paket | Pemanis Pal-Sweet® |
2 sudu besar | Susu segar |
2 cawan | Bijirin segera |
2 cawan | Bijirin oat,dibakar |
¾ cawan | Hirisan kacang badam, dibakar dan dicincang |

- Cairkan mentega koko dan mentega. Tutupkan api.
- Masukkan serbuk koko dan Pemanis Pal-Sweet®. Kacau sebati.
- Tuangkan susu dan kacau sekata.
- Masukkan bijirin segera, bijirin oat dan kacang badam, kacau sebati.
- Mampat dan ratakan kedalam dulang dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
- Potongkan biskut kepada saiz 3cm × 3cm.
- Sedia untuk dihidang.


