Resepi Gulab Jamun (Manisan India Berasaskan Susu)
Keterangan Resipi
Resepi Gulab Jamun (Manisan India Berasaskan Susu) yang dinikmati bersama sirap manis mengunakan Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet®
Bahan-bahan
1 cawan | Tepung susu |
1/3 cawan | Tepung gandum |
½ sudu teh | Soda bikarbonat |
1/3 cawan | Susu mentega (buttermilk)* |
2 sudu teh | Minyak masak |
Bahan-bahan: untuk sirap
1 cawan | Gula |
¾ cawan | Air |
2 pkt kecil | Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet® |
4 biji | Buah pelaga |
Secubit | Saffron |
Bahan-bahan: susu mentega (buttermilk)*
¼ cawan | Susu penuh krim |
1 sudu teh | Cuka |
Cara Menyediakan
- Untuk menyediakan susu mentega, gaulkan susu penuh krim dengan cuka. Ketepikan sebentar.
- Untuk menyediakan sirap, didihkan gula, air dan buah pelaga sehingga pekat sikit. Padam api, taburkan Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet® dan saffron. Biar menyejuk.
- Ayakkan tepung susu, tepung gandum dan soda bikarbonat, ketepikan.
- Gaul masuk susu mentega dan minyak masak.
- Satukan campuran tepung susu dan campuran susu mentega sehingga doh yang lembut dan melekit terbentuk.
- Tambah sedikit susu lagi jika doh masih rapuh (mudah hancur).
- Jangan uli doh terlalu lama sebab jika gluten mula terbentuk, bebola tidak dapat serap sirap gula dengan baik.
- Gris tapak tangan dengan minyak dan jadikan doh bebola kecil.
- Gorerng-celup di atas api kecil hingga perang-keemasan.
- Rendam dalam sirap pada suhu bilik.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Pal Sweet® Recipes