Resepi Kentang Putar


8 orang


Resepi Kentang Putar adalah menu kegemaran ramai. Ianya merupakan kentang yang direbus kemudian dilenyekkan dan dicampur dengan susu, mentega & Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®.

Bahan-bahan A:
550 g | Kentang russet, dikukus |
1 ½ sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa |
3 sudu besar | Krim masakan |
20 g | Mentega tanpa garam |
Bahan-bahan B:
4 sudu besar | Minyak masak |
2 batang | Sosej, dipotong dadu |
4 sudu besar | Krim masakan |
2 tangkai | Daun bawang, dipotong dadu |

- Lenyekkan ke semua bahan-bahan (A) sehingga sebati. Ketepikan.
- Panaskan minyak masak, gorengkan sosej sehingga separuh garing. Tos, sejukkan dan goreng semula sehingga garing.
- Cara menghidang, letakkan sebahagian kentang putar di dalam bekas individu.
- Tuangkan sedikit krim masakan, taburkan sosej dan daun bawang.
- Sedia untuk dinikmati.
Variasi bahan hiasan:
- Taburkan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa.
- Letakkan sedikit sos pasta merah bersama ayam kisar di atas kentang putar.

- Cara menggoreng dua kali dapat menghasilkan sosej yang lebih rangup.
- Cara menghidang dengan menggunakan gunakan beg paiping bernozel dapat menghasilkan corak yang lebih menarik.


