Nasi Goreng Kampung KAW

Resepi Nasi Goreng Kampung KAW dengan ikan bilis goreng
recipe-cook-time
5 hidangan
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Nasi goreng kampung ialah hidangan tradisional Malaysia yang dimasak bersama nasi, ayam, ikan bilis, telur, dan sayur kangkung. Hidangan ini popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Nasi Goreng Kampung ini juga mudah didapati di banyak restoran di Malaysia.

Resepi Nasi Goreng Kampung ini lengkap dengan rasa pedas dan pelbagai rencah didalamnya yang mampu memikat selera sesiapa sahaja yang merasainya. Jika anda sedang mencari pengalaman masakan asli Malaysia, pastikan anda mencuba hidangan ini!

Ingredients
Bahan-bahan
4 sudu besar Minyak masak
30 g Ikan bilis
200 g Isi Ayam, dipotong kecil
100 g Sayur kangkung, dipotong 3cm
2 biji Telur
4 cawan / 550 g Nasi putih
1 paket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Kampung KAW 26g
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak masak, goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.
  2. Dengan minyak yang sama, gorengkan ayam, sayur kangkung dan telur.
  3. Masukkan nasi dan taburkan 1 paket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Kampung KAW, kacau sehingga sekata.
  4. Taburkan ikan bilis, kacau seketika. Hidangkan panas.
Method
Tips
  1. Nasi yang sejuk dapat menghasilkan nasi goreng yang lebih sekata.
  2. Selain nasi sejuk, nasi yang dimasakkan dengan air yang sedikit dari biasa juga dapat menghasilkan nasi goreng yang sekata.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Seri-Aji® Kampung Style Fried Rice Recipes
Seri-Aji® Kampung Style Fried Rice Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg