Rendang Ayam

Resepi Rendang Ayam yang Senang dan Sedap
recipe-cook-time
5 orang
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Resepi Rendang Ayam adalah hidangan tradisional yang digemari oleh masyarakat Malaysia. Rendang adalah versi hidangan kari ayam kering yang dimasak dengan santan dan kerisik kelapa.

Rendang juga boleh dibuat dengan daging lembu atau kambing, tetapi ayam adalah pilihan yang paling popular. Hidangan ini biasanya dihidangkan bersama nasi, ketupat, lemang, pulut kuning atau nasi impit.

Sesetengah resipi juga menggunakan daun pandan selain daripada daun kunyit, yang memberikan rasa dan orama yang unik. Rendang ayam sering dihidangkan di rumah terbuka semasa hari raya atau majlis-majlis khas seperti perkahwinan.

Ingredients
Bahan-bahan
½ cawan Minyak masak
1 kg Ayam, dipotong
2 helai Daun kunyit
2 helai Daun limau purut
1 cawan Santan
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
20 g Gula Melaka
1 sudu besar Kicap manis
1½ sudu kecil Garam
2 sudu besar Kerisik

Bahan-bahan (A): dikisar

1 biji Bawang besar
5 ulas Bawang putih
4 batang Serai
2 inci Halia
1 inci Lengkuas
2 inci Kunyit hidup
10 tangkai Cili kering, direbus
½ cawan Air
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak masak, tumis bahan-bahan kisar (A) sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, kacau dan biar sehingga ayam separuh masak.
  3. Masukkan daun kunyit, daun limau purut dan masukkan santan.
  4. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, gula Melaka, kicap manis dan garam.
  5. Kacau sehingga sedikit kering dan naik minyak.
  6. Tambahkan kerisik, gaul sekata dan masak sehingga kering.
  7. Sedia untuk dihidang.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg