Resepi Roti Bakar Telur

Roti Bakar Telur
recipe-cook-time
5 pax
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Roti Bakar Telur adalah makanan kegemaran rakyat malaysia. Resepi Roti Bakar Telur kami ini dipertingkatkan dengan tambahan keju dan Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®

Ingredients
Bahan-bahan
12 keping Roti Putih/Roti Gandum
6 keping Daging Bakon
6 bidi Telur
½ cawan Keju Cheddar (diparut)
½ sudu teh AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa
2 sudu besar Mentega
Secukupnya Minyak
Secukupnya Daun Bawang (dihiris halus)
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 150°C.
  2. Griskan acuan muffin dengan mentega.
  3. Potongkan roti berbentuk bulat atau gunakan pemotong biskut berbentuk bulat dan gelekkan 2 keping bulatan roti.
  4. Masukkan bulatan roti yang telah digelek ke dalam acuan muffin.
  5. Di dalam kuali leper, panaskan minyak untuk menggoreng kepingan daging bakon separuh masak.
  6. Masukkan kepingan daging bakon digoreng ke dalam acuan muffin yang telah dilapik dengan roti tadi.
  7. Taburkan keju Cheddar di atas kepingan daging bakon.
  8. Pecahkan telur di atas.
  9. Taburkan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa di atas telur.
  10. Bakarkan dalam ketuhar sehingga telur putih masak (lebih kurang 10-15 minit).
  11. Apabila roti bakar telur masak, keluarkan dari acuan dan hiaskan dengan hirisan daun bawang.
Method
Tips

Saiz bulatan roti hendaklah lebih besar daripada acuan muffin supaya roti yang dipotong mudah dikeluarkan daripada acuan muffin.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg