Resepi Salad Kentang


6 orang


Resepi Salad Kentang yang menyelerakan ini sememangnya mudah untuk disediakan. Sesuai juga untuk sarapan pagi dan juga hidangan ringkas waktu malam.

4 /800 g | Kentang, saiz besar, dikupas |
2 sudu besar | Minyak masak |
5 keping | Kepingan ham ayam |
1 biji | Bawang besar, dipotong dadu |
1 batang | Telur, direbus dan dicincang |
3 biji | Saderi, dipotong dadu |
Bahan-bahan A: sos salad
½ cawan | Mayones |
½ sudu besar | Sos mustard |
1 sudu kecil | Jus lemon |
1 ½ sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa |

- Rebuskan kentang selama 12-15 minit, sejukkan dan potong dadu.
- Panaskan minyak, gorengkan kepingan ayam di dalam pan sehingga keperangan dan cincangkan. Ketepikan.
- Satukan bahan-bahan (A) bersama AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa. Kacau sebati.
- Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk, gaul sehingga sebati.
- Sedia untuk dihidang.


