Resepi Sate

Sate
recipe-cook-time
5 orang
Description
Keterangan Resipi

Resepi Sate ini mengunakan daging lembu dan isi ayam yang diperap dengan pelbagai rempah dan dipanggang sehingga sempurna. Sesuai dinikmati seisi keluarga

Ingredients
Bahan-bahan
1 kg Isi ayam / Daging lembu, dipotong dadu
40 batang Lidi sate
1 cawan Air
3 sudu besar Gula
2 sudu besar Minyak masak

Bahan-bahan A: dikisar

2 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
4 batang Serai
3 inci Kunyit hidup
1 inci Halia
1 sudu kecil Serbuk jintan putih
2 sudu kecil Serbuk jintan manis
1 ½ sudu besar TUMIX®Perencah Pati Ayam
5 sudu besar Gula perang
3 sudu besar Minyak masak
¼ cawan Air
Method
Cara Menyediakan
  1. Kisar halus ke semua bahan-bahan (A).
  2. Campurgaul bersama isi ayam atau daging, cucuk pada lidi dan perapkan selama 1 jam di dalam peti sejuk.
  3. Gaul sebati air, gula dan minyak masak.
  4. Panaskan kuali leper atau pemanggang, panggang sate.
  5. Renjiskan sate dengan campuran air gula ketika memanggang.
  6. Sedia untuk dihidang.
Method
Tips

Rendamkan lidi sate di dalam air sebelum mencucuk bagi mengelakkan lidi terbakar ketika memanggang.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg