Resepi Sayur Campur Pedas bersama Tauhu Goreng (SCK Pedas)

Resepi Sayur Campur Pedas bersama Tauhu Goreng (SCK Pedas)
recipe-cook-time
6 orang
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Resepi Sayur Campur Pedas bersama Tauhu Goreng yang mudah, lazat dan ditambah pula penambah perasa AJI-NO-MOTO. Cukup sedap dan senang disediakan!

Ingredients
Bahan-bahan
1 cawan Minyak masak
1 biji Tauhu telur, dipotong
3 biji Bawang merah, dihiris
3 ulas Bawang putih, dihiris
1 sudu besar Cili boh
2 biji Cili padi, dititik
200 g Isi ayam, dihiris nipis
2 cawan Air
½ sudu kecil Jus limau nipis
1 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1 ½ sudu kecil Garam, atau secukupnya
60 g Lobak merah, dipotong memanjang
50 g Jagung muda
200 g Kobis cina
150 g Sawi
1 sudu besar Tepung jagung, dicampur dengan 2 sudu besar air
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak masak.
  2. Gorengkan tauhu telur sehingga kuning keemasan. Ketepikan.
  3. Tinggalkan 3 sudu besar minyak masak di dalam kuali, tumiskan bawang merah, bawang putih, cili boh dan cili padi.
  4. Masukkan isi ayam dan goreng sehingga masak.
  5. Tuangkan air dan jus limau, biarkan mendidih. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam.
  6. Masukkan lobak merah dan jagung muda dan biarkan ia lembut.
  7. Masukkan kobis cina dan sawi dan biarkannya mendidih seketika.
  8. Tuangkan campuran tepung jagung dan air dan kacau sehingga ianya pekat.
  9. Masukkan tauhu telur goreng dan sedia untuk dihidang
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg