Resepi Sup Cendawan Telur

Sup Cendawan Telur
20 minit
recipe-cook-time
4 hidangan
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Resepi mudah untuk menyediakan Sup Cendawan Telur yang boleh dimasak di rumah. Hidangan yang sihat dan lazat ini memerlukan 20 minit untuk disiapkan!

Ingredients
Bahan-bahan
1 sudu besar Minyak masak
1 ulas Bawang putih, dicincang halus
¼ biji Bawang kuning, dipotong dadu kecil
150 g Cendawan tiram, dikoyak menjadi saiz kecil
700 ml Air
2 biji Telur
½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
1 sudu kecil Garam
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak, tumis bawang kuning dan bawang putih.
  2. Masukkan cendawan tiram dan tumis sehingga sedikit lembut.
  3. Kemudian masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.
  4. Kecilkan api dan tuang telur perlahan-lahan ke dalam periuk, dan kacau sedikit.
  5. Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan garam. Sedia untuk dihidang.
Method
Tips

Semasa membersihkan cendawan tiram, elakkan membilasnya terlalu lama kerana ia akan menyerap air.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg