Resepi Sup Kaki Ayam

Sup Kaki Ayam
recipe-cook-time
5 orang
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Resepi untuk Sup Kaki Ayam yang enak ini dan mudah untuk disediakan menggunakan AJI-SHIO® Lada Berperisa bersama kaki ayam yang direneh hingga lembut.

Ingredients
Bahan-bahan
2 sudu besar Minyak masak
1 batang Kulit kayu manis
2 biji Bunga lawang
3 biji Buah pelaga
2 sudu kecil Rempah sup
600 g Kaki ayam
1.5 liter Air
2 ½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
3 sudu kecil Garam
1 sudu kecil Sos ikan
1 sudu kecil Gula
2 helai Daun limau purut
2 biji Kentang, dipotong
1 biji Lobak merah, dipotong
3 biji Cili padi, ditumbuk (Pilihan)
2 sudu kecil Jus limau nipis
1 batang Daun ketumbar

Bahan-bahan (A): ditumbuk

1 batang Batang daun ketumbar
5 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
1 inci Halia
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak masak, tumis bahan-bahan (A) sehingga wangi.
  2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan rempah sup.
  3. Masukkan kaki ayam, air, AJI-SHIO® Lada Berperisa, garam, sos ikan, gula dan daun limau purut.
  4. Didihkan selama 20 minit dengan api sederhana atau sehingga kaki ayam separuh lembut. 5
  5. Masukkan kentang, lobak merah dan cili padi, didihkan selama 20 minit.
  6. Tutup api dan masukkan jus limau nipis, gaul sebati.
  7. Taburkan daun ketumbar dan sedia untuk dihidang.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg