Resepi Ubi Kentang Goreng Istimewa
5 orang

Cubalah resepi Ubi Kentang Goreng Istimewa ini di rumah hari ini! Kentang goreng rangup di bahagian luar dan lembut di bahagian dalam.

| 5 biji | Ubi Kentang (direbus ¾ masak / dipotong bentuk kiub / Tambahkan sedikit AJI-NO-MOTO® dan garam) |
| ¼ biji | Bawang Holland (dihiris halus) |
| ¼ biji | Bawang Merah Besar (dihiris halus) – jika suka |
| ¼ biji | Bawang Holland (dipotong dan ditumbuk) |
| 4 ulas | Bawang Putih (dipotong dan ditumbuk) |
| 4 keping | Daun Ketumbar (dihiris) |
| ½ sudu besar | Udang Kering ( direndam / ditumbuk halus) |
| 2 biji | Cili Merah (dihiris halus) |
| ½ sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
| Secukup Rasa | Garam |
| Secukupnya | Minyak untuk menggoreng |

- Goreng kentang.
- Angkat dan ketepikan.
- Tumis bawang putih, bawang Holland (dihiris dan ditumbuk) dan udang kering sehingga naik bau.
- Masukkan kentang goreng, hirisan bawang Holland, hirisan bawang merah, cili merah dan daun ketumbar.
- Masukkan AJI-NO-MOTO® dan garam yang secukup rasa.
- Goreng sehingga masak.



