Resepi Udang Goreng Mentega Telur Udang

Udang Goreng Mentega Telur Udang
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Resepi Udang Goreng Mentega adalah resepi udang yang popular yang menggunakan sedikit bahan tetapi mengeluarkan banyak rasa.

Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan:

Sarang telur  
6 biji Telur kuning
1 sudu teh AJI-NO-MOTO®
½ sudu teh Serbuk lada sulah
250 gm Mentega
200 gm Minyak masak

Memerap udang

24 ekor udang saiz Sederhana besar (dibersihkan)
1¼ sudu teh Garam halus
1 sudu teh/secukupnya Lada sulah
2½ sudu teh AJI-NO-MOTO®

Menggoreng udang

1.5 L Minyak masak
10 biji Bawang merah kecil (dikisar halus)
4 biji Bawang putih (dikisar halus)
1 batang Serai (diracik halus)
10 biji Cili padi (dihiris halus)
6 tangkai Daun kari
Sedikit Mentega (untuk menumis)
½ cawan Susu cair (evaporated milk)
Sedikit Garam dan lada sulah
2½ sudu teh AJI-NO-MOTO® (untuk menggoreng)
Method
Cara Menyediakan
  1. Mula-mula panaskan kuali (sederhana panas), masukkan minyak bersama mentega. Gaulkan pusingan jam secara laju.
  2. Pukulkan Kuning telur sehingga sedikit hancur bersama AJI-NO-MOTO® dan serbuk lada sulah.
  3. Selepas itu, tuangkan kuning telur ke dalam minyak panas secara meninggi tipis sehingga habis.
  4. Minyak dan mentega tadi perlu dikacau terus menerus supaya telur menjadi seperti benang nipis kuning. Tos dan ketepikan.
  5. Perapkan udang dengan garam sulah dan AJI-NO-MOTO®.
  6. Kemudian, panaskan minyak untuk menggoreng dalam kuali.
  7. Goreng udang sebentar dan jangan biarkan mengecut.
  8. Angkat dan toskan.
  9. Panaskan sedikit mentega, tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, daun kari dan serai sehingga garing dan naik aroma.
  10. Tuangkan susu cair dan masak hingga mendidih sebentar.
  11. Masukkan udang yang telah digoreng tadi bersama garam, lada sulah dan AJI-NO-MOTO®.
  12. Gaulkan sos susu dengan udang sehingga rata. Masukkan ke dalam pinggan lebar.
  13. Akhir sekali taburkan sarang telur di atas udang. Hidangkan.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg