Resepi Udang Harimau dengan Sos Labu

40 minit

10 Hidangan


Udang harimau segar yang digoreng, kemudian disalut sos labu yang enak dan manis, dengan gabungan rasa lada hitam. Enak dimakan bersama nasi atau dinikmati begitu sahaja.

10 ekor | Udang harimau, dibersihkan |
2 sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa |
3 sudu besar | Tepung goreng |
Secukupnya | Minyak masak, untuk menggoreng |
Bahan-bahan A: sos labu
3 sudu besar | Minyak |
5 g | Daun kari |
2 biji | Cili api merah, dicincang |
220 g | Labu, dikukus dan dilenyek menggunakan garpu |
150 ml | Susu segar |
30 g | Gula |
1 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® Monosodium Glutamat |
1 sudu kecil | Garam |

- Perasakan udang dengan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa.
- Salut bahagian belakang udang dengan tepung goreng dan goreng udang didalam kuali dengan minyak panas sehingga masak. Ketepikan.
- Panaskan kuali dengan api sederhana, masukkan 3 sudu besar minyak masak dan tumis daun kari dan cili api sehingga naik bau.
- Perlahankan api dan masukkan labu, susu dan gula.
- Perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam. Kacau rata.
- Setelah campuran menjadi sos yang pekat, masukkan udang yang telah digoreng dan gaul rata.

- Jika sos labu terlalu pekat, anda boleh menambah susu segar (kerana labu yang berbeza mungkin mempunyai tahap kelembapan yang berbeza).
- Pastikan sos labu tidak berair kerana ia perlu disalut dengan udang harimau.
- Potong labu dalam bentuk kepingan baji, buang biji dan kukuskan sehingga masak. Keluarkan isi labu dari kulit dan lenyekkan dengan garpu untuk mendapat tekstur yang lebih baik.
- Boleh guna sebarang jenis tepung goreng mengikut pilihan individu.






