Resepi Vietnamese Gulung Ayam Teriyaki
30 minit
5 Hidangan
Tonton Video Memasak
Keterangan Resipi
Resepi Vietnamese Gulung Ayam Teriyaki adalah pilihan terbaik untuk mengubah selera anda. Hidangan lazat ini disempurnakan dengan penambah perasa AJI-NO-MOTO®
Bahan-bahan
Bahan-bahan A:
2 sudu besar | Minyak masak |
1 biji | Bawang merah, dicincang |
2 ulas | Bawang putih, dicincang |
½ inci | Halia, dicincang |
3 keping | Isi peha ayam |
¼ sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
¼ sudu kecil | Garam |
1 ½ sudu besar | Kicap cair |
3 sudu besar | Kicap manis |
½ sudu kecil | Minyak bijan |
¾ cawan | Air |
1 sudu besar | Tepung jagung, dicampur dengan sedikit air |
Bahan-bahan B:
10 kulit | Kulit popiah Vietnam |
Secukupnya | Air |
5 helai | Daun salad romaine, dibelah dua |
½ biji | Lobak merah, dihiris memanjang halus |
½ biji | Timun, dihiris memanjang halus |
Cara Menyediakan
- Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan isi ayam dan goreng sehingga separuh masak.
- Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, garam, kicap cair, kicap manis, minyak bijan.
- Masukkan air. Didihkan.
- Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sehingga pekat.
- Asingkan ayam dan tapiskan sos. Ketepikan.
- Hiriskan isi ayam.
- Celup kulit popiah dengan air, letakkan daun salad romaine, hirisan ayam, lobak merah dan timun. Balut kemas.
- Sedia untuk dihidang dengan sos.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes