Rojak Mee

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

Cadangan hidangan: 4-6 orang

Bahan-bahan: kuah
1 biji Bawang besar
5 ulas Bawang putih
25 tangkai Cili kering, direbus
¾ cawan Minyak masak
1 sudu besar Udang kering, direndam
150 g Kacang tanah, digoreng dan dikisar
1 sudu besar Asam jawa, digaul dengan 2 cawan air dan ditapis
2 biji Kentang, dikisar dengan 1 cawan air
3 sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam
100 g Gula melaka
Bahan-bahan A: bahan iringan
400 g Mee kuning, dicelur
2 biji Tauhu, digoreng dan dipotong
3 biji Telur rebus, digoreng dan dipotong
1 biji Kentang, direbus dan dipotong
½ batang Timun, dihiris panjang
½ biji Sengkuang saiz kecil, dihiris panjang
Cara Menyediakan
  1. Kisarkan bawang besar, bawang putih, cili kering dan udang kering bersama minyak masak.
  2. Masukkan ke dalam periuk, tumiskan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan kacang kisar, kacau sehingga kering.
  4. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati.
  5. Masukkan kentang kisar.
  6. Perasakan dengan TUMIX® Perencah Pati Ayam dan gula Melaka.
  7. Kacau sehingga pecah minyak.
  8. Letakkan sedikit mee kuning di dalam mangkuk, masukkan bahan-bahan iringan yang lain dan tuangkan kuah. Sedia untuk dihidang.

Kongsi Artikel Ini