Roti Gulung Ayam

Roti Gulung Ayam
recipe-cook-time
6 orang
Description
Keterangan Resipi

Resepi Roti Gulung Ayam dibuat menggunakan ayam, telur, pelbagai sayur-sayuran dan rempah. Hidangan ini senang disediakan dan boleh dikongsi antara 6 orang

Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan A: inti

1 ½ sudu besar Minyak masak
2 biji Bawang merah, dicincang
2 biji Bawang putih, dicincang
1 batang Cili merah, dicincang
8 helai Daun kesum
200 g Isi ayam, dicincang
2 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
1 sudu kecil Gula
1 sudu kecil Jus limau nipis

Bahan-bahan:

2 biji Telur
½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
6 keping Roti putih
secukupnya Minyak masak
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah sehingga keperangan.
  2. Masukkan daun kesum dan isi ayam, kacau sehingga separuh masak.
  3. Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan gula. Kacau sehingga masak.
  4. Masukkan jus limau nipis, gaul sebati dan ketepikan.
  5. Pukul telur bersama AJI-SHIO® Lada Berperisa sehingga rata.
  6. Rol roti sehingga leper. Letakkan sedikit inti di tengah roti.
  7. Sapukan sedikit bancuhan telur di hujung roti dan gulung dengan kemas.
  8. Celupkan gulungan roti ke dalam bancuhan telur.
  9. Gorengkan dengan minyak yang panas sehingga keperangan.
  10. Sedia untuk dihidang.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg