Roti John Tuna

Roti John Tuna
recipe-cook-time
6 orang
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Menu popular di bulan Ramadhan. Resepi Roti John Tuna ini mudah saja cara penyediaannya. Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.

Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan A:

4 biji Telur
2 sudu besar Mayonis
100 g Isi ikan tuna dalam tin
2 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
30 g Bawang besar, dipotong dadu
1 batang Daun bawang, dipotong dadu
1 batang Cili merah, dicincang

Bahan-bahan B:

Sedikit Mentega
3 biji Bun roti john
Sedikit Cili sos
Sedikit Mayonis
Sedikit AJI-SHIO® Lada Berperisa
½ Timun, dihiris
150 g Kubis, dihiris
1 biji Tomato, dihiris
Method
Cara Menyediakan
  1. Pukul telur bersama mayonis sehingga kembang.
  2. Masukkan kesemua bahan-bahan (A). Gaul sebati.
  3. Cairkan mentega di dalam kuali, tuangkan sedikit bancuhan telur.
  4. Letakkan roti pada bancuhan telur dan biarkan ia masak. Terbalikkan dan biarkan roti menggaring. Keluarkan dari kuali.
  5. Letakkan sos cili dan mayonis, tambahkan AJI-SHIO® Lada Berperisa.
  6. Susun sedikit timun, kubis dan tomato.
  7. Tutupkan roti, potong dan sedia untuk dihidang.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg