Roti Telur Bersarang Keju
10 minit
1 Hidangan

Roti pan-toast yang rangup serta berkeju dengan telur di tengah dan di atasnya ditabur AJI-SHIO® Lada Berperisa yang aromatik. Mudah dibuat untuk sarapan pagi atau dibawa bekal makan tengahari.

| 1 keping | Roti putih |
| 1 tsp | Mentega tanpa garam |
| 1 biji | Telur, bersaiz sederhana |
| 1 sudu besar | Keju cheddar parut |
| ½ sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Berperisa |

- Potong bahagian tengah roti putih menggunakan pemotong bulat atau pisau.
- Sapukan setiap sisi roti dengan mentega.
- Letakkan roti di atas kuali dengan api sederhana, kemudian pecahkan telur di tengah roti. Masak sehingga telur hampir masak sepenuhnya.
- Taburkan keju cheddar parut di atasnya, tutup kuali dengan penutup sebentar kemudian letakkan di atas pinggan.
- Taburkan AJI-SHIO® Lada Berperisa di atas roti.
- Hidangkan panas.



