Salad Campur di dalam Balang
5 Hidangan
Tonton Video Memasak
Keterangan Resipi
Salad Campur di dalam Balang
Bahan-bahan
250 g | Isi dada ayam |
150 g | Tomato ceri |
75 g | Timun Jepun, dihiris bulat |
75 g | Lada benggala kuning, dipotong memanjang |
75 g | Sayur Asparagus, dipotong dan dicelur |
75 g | Salad campur |
3 keping | Roti putih, dipotong dadu |
2 sudu besar | Minyak zaitun |
Bahan-bahan A: sos salad
6 sudu besar | Minyak zaitun |
4 sudu besar | Jus lemon |
3 sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa |
Cara Menyediakan
- Campurgaulkan kesemua bahan-bahan (A) bersama AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa.
- Lumurkan 2 sudu besar campuran (A) ke atas isi ayam. Perapkan selama 1 jam.
- Gril-kan isi ayam sehingga masak. Rehatkan sebentar sehingga sejuk dan potongkan memanjang.
- Untuk membuat kruton, gaulkan roti dengan minyak zaitun, bakar sehingga garing didalam ketuhar.
- Letakkan sos salad didalam balang. Masukkan tomato ceri, timun Jepun, lada benggala kuning, asparagus, ayam gril, salad campur dan kruton mengikut urutan.
- Goncangkan dan sedia untuk dihidang.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes