Salad Fettuccine Dingin

Salad Fettuccine Dingin
Description
Keterangan Resipi

Cuba resepi salad Fettuccine asli ini untuk sesuatu yang berlainan. Segar dan bertampilan cantik, penggunaan Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO® dan Perencah Ikan Bilis TUMIX® menambahkan lagi rasa salad, anda pasti mengidamnya bila-bila masa.

Ingredients
Bahan-bahan
250 g Fettuccine bayam
Serenjis Garam
2 sudu besar Minyak zaitun
1 biji Tomato
50 g Kacang kedelai jepang (Edamame)
2 sudu besar Kepingan tuna dalam air garam (tin), ditoskan air
3 biji Bawang merah, dipotong halus
1 sudu besar Kacang pistachio bakar, dipotong kasar
3 tangkai Daun roket, dikoyak-koyak

Perencah:

Serenjis Garam
Serenjis Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®
1/4 sudu teh Perencah Pati Ikan Bilis TUMIX®, digaul sekata dengan 1 sudu besar air panas
2 tbspsudu besar Cuka Balsamic
½ sudu teh Gula
2 – 3 sudu besar Jus lemon
Method
Cara Menyediakan
  1. Kelar bahagian bawah tomato berbentuk silang. Masak dalam air didih selama 1 minit. Letak dalam air sejuk selama 1 – 2 minit. Kupas kulit dan buang biji. Potong kasar.
  2. Panaskan 1 sudu besar minyak zaitun. Tambah masuk semua perencah dan tuna. Goreng seketika sehingga sebati. Biar menyejuk.
  3. Masak fettuccine dalam air didih. Bubuh garam dan baki minyak zaitun, masak sehingga al dente (pejal). Toskan dan letak dalam air berais selama 2 minit. Toskan air sekali lagi.
  4. Gaulkan fettuccine dengan sos tuna.
  5. Masukkan bawang merah, kacau sebati supaya sos diserap ke dalam fettuccine.
  6. Tambahkan kacang kedelai jepang, kacang pistachio dan daun roket. Gaul sekata.
  7. Pindahkan ke dalam mangkuk individu. Oleh sebab ini merupakan hidangan salad digin, anda boleh letakkan mangkuk di antara ais ataupun simpan mangkuk di dalam peti sejuk selama 20 – 30 minit sebelum hidang.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
TUMIX® Anchovy Stock Recipes
TUMIX® Anchovy Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg