Sambal Goreng Jawa

Sambal Goreng Jawa
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
To watch the cooking video, please click
Ajinomoto
5 Hidangan
Bahan-bahan
10 ekor Udang Sederhana (Perap dengan sedikit AJI-NO-MOTO® dan AJI-SHIO® Lada Berperisa)
2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1 cawan Air Asam Jawa
½ cawan Air
Secukupnya Garam
Secukupnya Minyak (untuk menumis)

Bahan-bahan Dikisar (A):

5 biji Bawang Kecil
2 biji Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
3 cm Halia

Bahan-bahan Digoreng Dadu (B):

3 ketul Tauhu Keras
4 kepin Tempe
3 biji Ubi Kentang

Bahan-bahan (C):

2 cawan Kacang Panjang (dipotong 2cm)
1 batang Tauhu Kering (direndam dan dipotong 2cm)
½ cawan Suhun (direndam)
2 cawan Kubis (dihiris)
2 biji Cili Merah (dihiris)
2 biji Cili Hijau (dihiris)
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak dan tumiskan  Bahan A.
  2. Masukkan udang, masak hingga bertukar warna.
  3. Masukkan air asam jawa dan masak sehingga mendidih.  
  4. Masukkan Bahan B dan C. Tambahkan air jika perlu.
  5. Tambah AJI-NO-MOTO® dan garam secukup rasa.
Tips

Bagi mendapatkan rasa pedas, tambahkan sedikit cili boh

E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner_footer.jpg