Sambal Tempe Ikan Bilis & Kacang

Resepi Sambal Tempe Ikan Bilis & Kacang (Kering & Tahan Lama)
50 minit
recipe-cook-time
5 Hidangan
Description
Keterangan Resipi

Sambal Tempe Ikan Bilis & Kacang adalah menu ringkas dan lazat yang digemari ramai rakyat Malaysia. Ia mampu kekal baik di dalam peti ais dengan bekas kedap udara sekitar 1-2 bulan dan enak dimakan secara terus atau sebagai snek yang sihat.

Resepi Sambal Tempe Ikan Bilis & Kacang daripada Ajinomoto Malaysia terdiri daripada tempe, ikan bilis, kacang, bawang merah, bawang putih, dan lain-lain. Sambal ini biasanya dimakan bersama nasi putih, sayur-sayuran, dan juga lauk lain seperti ayam atau daging.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
275.8 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
13.0 g
Protein
Protein
17.9 g
Fat
Fat
17.0 g
Sodium
Sodium
774.2 mg
Ingredients
Bahan-bahan
Secukupnya Minyak masak
150 g Tempe, dihiris hiris
100 g Kacang tanah
60 g Ikan bilis
5 Bawang merah, dikisar
4 ulas Bawang putih, dikisar
2-3 sudu besar Pes cili
3 sudu besar Sos cili
2 sudu kecil Cuka
2 sudu besar Air
1½ sudu besar Gula Perang
1 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1/3 sudu kecil Garam

 

Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak, goreng berasingan tempe, kacang tanah dan ikan bilis sehingga garing. Tapis dan letak di atas tisu dapur.
  2. Panaskan ¼ cawan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan.
  3. Masukkan pes cili, kacau sehingga naik minyak.
  4. Masukkan sos cili, cuka, air, gula, AJI-NO-MOTO® dan garam. Masak di atas api kecil.
  5. Apabila sudah pekat, tutup api. Biar sedikit sejuk.
  6. Masukkan bahan-bahan goreng, kacau sehingga sebati dan sedia dihidang. Boleh disimpan di dalam bekas kedap udara.
Method
Tip

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 25% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg