Sambal Tempe Ikan Bilis & Kacang

50 minit

5 Hidangan

Sambal Tempe Ikan Bilis & Kacang adalah menu ringkas dan lazat yang digemari ramai rakyat Malaysia. Ia mampu kekal baik di dalam peti ais dengan bekas kedap udara sekitar 1-2 bulan dan enak dimakan secara terus atau sebagai snek yang sihat.
Resepi Sambal Tempe Ikan Bilis & Kacang daripada Ajinomoto Malaysia terdiri daripada tempe, ikan bilis, kacang, bawang merah, bawang putih, dan lain-lain. Sambal ini biasanya dimakan bersama nasi putih, sayur-sayuran, dan juga lauk lain seperti ayam atau daging.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
275.8 kcal

Carbohydrate
13.0 g

Protein
17.9 g

Fat
17.0 g

Sodium
774.2 mg

Secukupnya | Minyak masak |
150 g | Tempe, dihiris hiris |
100 g | Kacang tanah |
60 g | Ikan bilis |
5 | Bawang merah, dikisar |
4 ulas | Bawang putih, dikisar |
2-3 sudu besar | Pes cili |
3 sudu besar | Sos cili |
2 sudu kecil | Cuka |
2 sudu besar | Air |
1½ sudu besar | Gula Perang |
1 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
1/3 sudu kecil | Garam |

- Panaskan minyak, goreng berasingan tempe, kacang tanah dan ikan bilis sehingga garing. Tapis dan letak di atas tisu dapur.
- Panaskan ¼ cawan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan.
- Masukkan pes cili, kacau sehingga naik minyak.
- Masukkan sos cili, cuka, air, gula, AJI-NO-MOTO® dan garam. Masak di atas api kecil.
- Apabila sudah pekat, tutup api. Biar sedikit sejuk.
- Masukkan bahan-bahan goreng, kacau sehingga sebati dan sedia dihidang. Boleh disimpan di dalam bekas kedap udara.

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 25% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.


