Sambal Tumis

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi

To watch the cooking video, please click

Sambal Tumis bukan saja menjadi pelengkap Nasi Lemak, malah ia menjadi pembuka selera bagi apa jua jenis hidangan seperti Cucur, Nasi Goreng, Lempeng dan sebagainya. Resepi Sambal Tumis yang mudah ini juga boleh dijadikan pes untuk menu sambal yang lain seperti Sambal Ikan Bilis, Udang, Ayam dan sebagainya.

Cadangan hidangan: 4-5 hidangan

Bahan-bahan:
1 sudu besar | Asam Jawa |
300 ml | Air Panas |
1 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
2 sudu kecil | Garam |
4 sudu besar | Gula |
Bahan-bahan A: dikisar
¾ cawan | Minyak Masak |
40 g | Cili Kering, dipotong, dibuang biji dan direbus |
150 g | Bawang Besar |
60 g | Bawang Merah |
30 g | Bawang Putih |
5 g | Belacan |

1.
Panaskan kuali leper, tumiskan bahan- bahan (A) sehingga naik bau dan pecah minyak.
2.
Masukkan asam jawa yang telah dilarutkan didalam air panas.
3.
Perasakan dengan garam, gula dan AJI-NO-MOTO®.
4.
Renehkan selama 15 minit. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang.
5.
Tip: Penggunaan minyak untuk mengisar boleh mengurangkan percikan sewaktu menumis.
Disqus comment