Sandwic Telur bersama Mayones Rangup

Sandwic Telur bersama Mayones Rangup
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Roti Sandwic Telur sangat digemari oleh semua masyarakat kerana resepinya yang mudah dan cepat. Rotinya yang rangup diluar dan lembut didalam, sesuai untuk dimakan tidak mengira waktu.

Ingredients
Bahan-bahan
1 ½ liter Air
2 sudu kecil Garam
4 biji Telur
2 tangkai Daun bawang, dipotong halus
4 sudu besar Mayones
1 ½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa
10 keping Roti sandwich
50 g Mentega tanpa garam

Ingredients: toppings

5 keping Daun salad Romaine
1 biji Tomato saiz sederhana, dihiris nipis
Method
Cara Menyediakan
  1. Didihkan air bersama garam. Masukkan telur dan didihkan selama 10 minit. Kupaskan kulit telur dan hancurkan telur.
  2. Satukan telur hancur bersama daun bawang dan mayones.
  3. Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa. Kacau sebati.
  4. Sapukan kepingan roti dengan mentega. Panaskan kuali leper, bakarkan roti sehingga rangup.
  5. Susunkan sehelai daun salad Romaine di atas roti.
  6. Letakkan, campuran telur ke atas daun salad. Kemudian, letakkan hirisan tomato. Tutupkan dengan kepingan roti yang telah dibakar.
  7. Sedia untuk dihidang.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg