Sate Lilit
5 orang

Sate Lilit

| 1.5 kg | Dada ayam, dicincang kasar |
| 2 sudu kecil | Lada Berperisa AJI-SHIO® |
| Sedikit | Minyak masak |
| 12 batang | Batang serai |
| Secukupnya | Sos cili manis |
Bahan-bahan A: dikisar halus
| 1 inci | Halia |
| 2 batang | Serai |
| 1 biji | Bawang besar |
| ½ biji | Cili merah |
| 3 ulas | Bawang putih |
| 1 sudu kecil | Gula |
| 2 sudu kecil | Garam |

- Gaulkan ayam bersama- sama dengan bahan-bahan kisaran (A) dan Lada Berperisa AJI-SHIO® sehingga rata.
- Dengan tangan yang basah, bentukkan adunan ayam tadi disekeliling batang serai. Kemudian simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
- Panaskan kuali grill dengan sedikit minyak. Panggang sate selama 3 minit untuk setiap bahagian atau sehingga warna perang keemasan.
- Sedia untuk dihidangkan dengan sos cili manis.

Tujuan menggunakan tangan yang basah adalah untuk memudahkan proses pembentukan ayam di sekeliling batang serai.




