Sayur Campur Berkuah Sotong

Sayur Campur Berkuah Sotong
recipe-cook-time
6 orang
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi
Adakah anda sudah bosan dan tidak tahu untuk menyediakan menu sayuran untuk keluarga? Cubalah Resepi Sayur Campur Berkuah Sotong anda pasti tidak menyesal
Ingredients
Bahan-bahan
2 sudu besar Minyak masak
3 biji Bawang merah, dihiris
3 ulas Bawang putih, dihiris
6 ekor Sotong, dipotong gegelang
1 ½ cawan Air
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1 sudu kecil Garam
3 biji Jagung muda, dipotong kecil
150 g Kailan, dipotong 1 inci
150 g Kacang buncis, dipotong 1 inci
1 biji Cili merah, dihiris
1 sudu besar Tepung jagung, dicampur bersama 2 sudu besar air
   
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak masak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
  2. Tambahkan sotong dan kacau goreng sehingga separuh masak.
  3. Masukkan air dan perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam.
  4. Masukkan jagung muda, biar sehingga separuh masak.
  5. Tambahkan kailan dan kacang buncis. Kacau rata.
  6. Tambahkan cili merah dan gaul rata.
  7. Tuangkan campuran tepung jagung dan kacau sehingga pekat.
  8. Setelah sayur campur masak, sedia untuk dihidang.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg