Sayur Goreng Bersama Akar Teratai
30 jam
5 Hidangan
Keterangan Resipi
Sayur Goreng bersama Akar Teratai adalah pelbagai jenis hidangan sayuran yang mempunyai tekstur dan kemanisan yang unik. Resipi Sayur Goreng bersama Akar Teratai ini adalah resipi yang mudah dan sedap.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan
Calories
84.0 kcal
Carbohydrate
8.2 g
Protein
3.4 g
Fat
4.3 g
Sodium
339.0 mg
Bahan-bahan
Bahan-bahan A:
100 g | Akar teratai muda, dipotong nipis |
50 g | Kelopak bunga lili segar (pilihan) |
50 g | Lobak merah, dihiris |
20 g | Cendawan telinga, direndam dan ditapis |
50 g | Cendawan butang |
50 g | Kacang manis |
50 g | Brokoli |
1 | Cili merah, dibuang biji dan dihiris |
Bahan-bahan B:
1 sudu besar | Minyak masak |
1 sudu kecil | Minyak bijan |
1/2 saiz ibujari | Halia muda, dihiris |
1/2 sudu besar | AJI-NO-MOTO® |
1 sudu besar | Sos tiram vegetarian |
1/2 sudu besar | Garam |
1/4 sudu besar | Serbuk lada putih |
Cara Menyediakan
- Rebus semua sayuran di dalam air panas selama beberapa minit dan ditapis.
- Panaskan minyak masak dan minyak bijan, tumis halia sehingga wangi.
- Masukkan sayur-sayuran dan bahan- bahan perasa. Masukkan sedikit air jika perlu.
- Kacau goreng sehingga sekata dan sedia dihidang.
Tips
Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 21% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes