Sayur Labu Campur
6 orang

Resepi Sayur Labu Campur ini sangat sesuai untuk menarik minat kanak-kanak kerana gabungan sayur pelbagai warna dan isi ayam yang menyelerakan.

| 2 sudu besar | Minyak masak |
| ½ biji | Bawang besar, dicincang |
| 2 ulas | Bawang putih, dicincang |
| 200 g | Isi ayam, dipotong kecil |
| 1 ½ cawan | Air |
| ½ sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
| ½ sudu kecil | Garam |
| 150 g | Cauliflower, Bunga kobis, dipotong |
| 100 g | Brokoli, dipotong |
| 150 g | Labu, dipotong dadu panjang |

- Panaskan minyak masak.
- Tumiskan bawang dan bawang putih sehingga wangi.
- Masukkan ayam dan kacau sehingga separuh masak.
- Masukkan air dan bunga kobis. Didihkan sehingga separuh lembut.
- Perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam.
- Masukkan brokoli, labu dan kacau sehingga masak.
- Sedia untuk dihidang.

Labu yang mempunyai jalur yang lebar mempunyai isi yang lebih tebal dan manis.




