Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

hubungi-kami

Sayur Lodeh Istimewa

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® TUMIX® Chicken Stock
Ajinomoto Malaysia
Keterangan Resipi

Hidangan yang lazat ini berasal dari Indonesia dan amat terkenal di kalangan Minangkabau terutamanya di negeri Sembilan. Disebabkan rasa yang enak dan keseimbangan nutrisinya, hidangan ini adalah amat popular pada Hari Raya Aidilfitri di kalangan warga melayu. Kesedapan hidangan ini turut diperkuatkan dengan penggunaan Pati Ayam TUMIX® dan AJI-NO-MOTO® yang dapat memberikan rasa enak dan umami.

Bahan-bahan
Bahan-bahan:
1 keping Kulit soya kering (fucuk)
50 g Suhun
½ cawan Minyak masak
60 ml Santan pekat, digaul dengan 240 ml air
250 g Labu Siam, dibuang kulit
100 g Lobak merah, dipotong tebal memanjang
100 g Kacang panjang, dipotong memanjang
200 g Tauhu, digoreng seketika & dipotong dadu
½ batang Terung panjang (besar), dipotong memanjang
1 helai Daun limau purut
1 helai Daun salam
2 tangkai Serai, ditumbuk
1 pkt Tempe goreng, dipotong jika perlu
1 sudu besar Perencah Pati Ayam TUMIX®
Secukup Garam
300 g Santan pekat
½ sudu teh AJI-NO-MOTO®
Bahan-bahan A: dikisar menjadi pes
7 keping Cili merah kering
3 ulas Bawang merah
4 ulas Bawang putih
3 sudu besar Udang kering
½ sudu besar Belacan
Sedikit Air (jika perlu)
Bahan-bahan B: dikisar menjadi pes
4 ulas Bawang merah
5 biji Buah keras, digoreng tanpa minyak
3 sm Kunyit hidup
Cara Menyediakan
1. Rendam kulit soya kering dan suhun dalam air hingga lembut (selama sekurang-kurangnya 2 jam). Potong dan ketepikan.
2. Sementara itu, kisar halus bahan-bahan (A) dengan mesin pengisar.
3. Panaskan ½ cawan minyak masak dalam kuali. Goreng pes (A) di atas api kecil hingga kering. Angkat dan ketepikan. Dengan mesin pengisar yang sama, kisar bahan-bahan (B). Ketepikan.
4. Masukkan santan cair, labu Siam, lobak merah, kacang panjang, tauhu, terung panjang, daun limau purut, daun salam, pes (A) yang digoreng tadi, pes (B) dan serai ke dalam kuali ataupun periuk besar.
5. Masak lebih kurang 12-15 minit hingga sayur-sayuran ¾ masak. Lepas itu, tambah  tempe goreng, kulit soya dan suhun, diikuti dengan Perencah Pati Ayam TUMIX®dan garam hingga cukup rasa.
6. Terus masak hingga sayur-sayuran empuk. Masukkan santan pekat dan AJI-NO-MOTO®. Angkat sebaik sahaja santan itu mula didih.
7. Hidang panas dengan nasi putih.
Kembali ke Senarai Resipi
Ajinomoto Product