Sotong Goreng Tepung


6 Hidangan


Sotong Goreng Tepung ialah hidangan yang diperbuat daripada sotong yang telah disalut dengan tepung dan kemudian digoreng sehingga rangup. Hidangan ini sering dihidangkan dengan sos pencicah, seperti sos tartar.
Resepi Sotong Goreng Tepung adalah antara resepi kegemaran rakyat Malaysia. Sotong yang digoreng hingga keemasan pasti manaikkan selera sesiapa sahaja.

- Campurkan susu cair, telur, garam dan AJI-SHIO® LADA PUTIH.
- Potongkan sotong menjadi bentuk cincin selebar 2cm.
- Masukkan sotong ke dalam campuran dan perapkan selama 20 minit.
- Campurkan tepung jagung dan tepung gandum ke dalam mangkuk lain.
- Panaskan minyak.
- Salutkan sotong dengan campuran tepung.
- Masukkan sotong itu ke dalam perapan yang sudah disediakan.
- Salutkan sotong dengan serbuk roti.
- Gorengkan sotong bersalut tepung dan serbuk roti sehingga garing dan emas kekuningan.
- Angkat sotong dan tekapkan lebihan minyak dengan tisu dapur.
- Hidangkan bersama Sos Tartar.
Sotong Goreng Tepung

1 kg | Sotong (dibersihkan kulitnya dan keringkan) |
½ cawan | Susu Cair |
1 biji | Telur (dipukul) |
1 sudu kecil | Garam |
1 sudu besar | AJI-SHIO® LADA PUTIH |
½ cawan | Tepung Jagung |
2½ cawan | Tepung Gandum |
2 cawan | Serbuk Roti |
Secukupnya | Minyak |
Sos Tartar (dihidang bersama Sotong Goreng Tepung)

1 cawan | Mayonis |
½ cawan | Jeruk Gherkin (dicincang halus) |
1 sudu kecil | Capers (dicincang halus) |
2 sudu kecil | Mustard |
1 ulas | Bawang Kecil (dicincang halus) |
2 sudu kecil | Jus Lemon |
6 drops | Sos Tabasco |
½ sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Putih |
Secukup rasa | Garam |

- Cincangkan jeruk gherkin, capers dan bawang kecil.
- Gaulkan semua bahan-bahan sehingga sebati.


