Sotong Kunyit Ala India

30 minit

5 orang

Sotong Kunyit adalah hidangan terkenal dalam banyak masakan Asia Tenggara, terutamanya Malaysia. Ia menggabungkan sotong segar dengan campuran kunyit dan rempah lain untuk menghasilkan rasa yang sedap dan berperisa.
Hidangan ini sememangnya mudah dan cepat untuk disediakan, sesuai untuk mereka yang sibuk atau kesuntukan masa. Sotong Kunyit berjus dan berkhasiat ini sangat enak disajikan dengan nasi putih.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
92.6 kcal

Carbohydrate
6.02 g

Protein
10.3 g

Fat
3.06 g

Sodium
447.5 mg

2 sudu besar | Minyak masak |
1/2 sudu kecil | Biji sawi |
1 biji sederhana | Kentang, dibuang kulit dan dihiris |
1/2 sudu besar | Pes bawang putih |
1/2 sudu besar | Pes halia |
1 biji kecil | Bawang besar, dicincang |
1 biji | Cili hijau, dihiris |
1 biji | Cili merah, dihiris |
1 1/8 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
1/2 sudu kecil | Garam |
Bahan-bahan B: perap
300 g | Sotong, dipotong gegelang |
1 sudu kecil | Serbuk kunyit |
1/4 sudu kecil | Garam |

- Panaskan minyak, tumis biji sawi sehingga bebunyi/pecah.
- Masukkan kentang, kacau sehingga separuh masak.
- Masukkan bawang putih, halia, bawang besar dan cili. Kacau rata.
- Masukkan sotong perap, AJI-NO-MOTO® dan garam, masak selama 3-4 minit. Sedia dihidang.

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 29% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.


