Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

hubungi-kami

Spageti Karbonara Makanan Laut

Produk Yang Digunakan Untuk Resepi
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper
To watch the cooking video, please click
Ajinomoto Malaysia
Keterangan Resipi

Spageti Karbonara Makanan Laut

Cadangan hidangan

Cadangan hidangan: 4-6 orang

Bahan-bahan
Bahan-bahan:
Secukupnya Air
1 sudu kecil Garam
450 g Spageti
4 sudu besar Minyak zaitun
100 g Bawang kuning, dicincang halus
2 ulas Bawang putih, dicincang halus
¼ sudu kecil Oregano kering
20 ekor Udang, dibersihkan
6 ekor Sotong putih, dibuang kulit dan dipotong bulat
1 cawan Krim masakan
1 cawan Susu segar
50 g Keju parmesan, diparut
2 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa
1 ½ sudu kecil Garam, atau secukupnya
3 biji Telur kuning
Sedikit Daun parsley, dicincang
Kaedah
  1. Didihkan air bersama garam. Masukkan spageti dan didihkan selama 15 minit, toskannya.
  2. Panaskan minyak zaitun. Tumiskan bawang kuning,bawang putih dan oregano.
  3. Masukkan udang dan sotong, tumiskan sebentar. Tuangkan krim masakan dan susu segar. Biarkan ia mereneh.
  4. Masukkan keju parmesan dan kacau sebati.
  5. Masukkan spageti, perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa dan garam. Kacau sebati.
  6. Masukkan telur kuning dan kacau sebati.
  7. Taburkan daun parsley dan sedia untuk dihidang.

    Info: Menu ini lebih enak dihidang ketika panas.

 

Ajinomoto Product