‘Stroganoff’ Daging

‘Stroganoff’ Daging
45 minit
recipe-cook-time
5 hidangan
Description
Keterangan Resipi

Stroganoff Daging ini adalah hidangan yang terkenal dan berasal daripada Rusia. Hidangan unik ini berasaskan daging yang ditumis bersama sos yang berkrim bersama bahan-bahan yang mengandungi Umami seperti Cendawan dan boleh dihidangkan bersama nasi atau pasta kegemaran. Resipi Stroganoff Daging ini juga mudah disediakan kerana menggunakan bahan yang mudah didapati.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
176.6 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
4.8 g
Protein
Protein
16.1 g
Fat
Fat
10.1 g
Sodium
Sodium
174.4 mg
Ingredients
Bahan-bahan
350 g Daging, dihiris nipis
1 ½ sudu besar Tepung gandum
25 g Mentega tanpa garam
Sedikit Minyak masak
1 biji Bawang besar, dihiris
80 g Cendawan butang, dilap dan dihiris
80 g Yogurt asli
1 sudu besar Puri tomato (pilihan)
1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO® Perencah Umami
1/4 sudu kecil Garam
1/4 sudu besar Serbuk lada sulah
Sedikit Daun ketumbar, dicincang

 

Method
Cara Menyediakan
  1. Pukul daging dengan penggelek di antara 2 keping kertas minyak.
  2. Salut daging dengan tepung.
  3. Cairkan setengah mentega didalam kuali bersama minyak, goreng daging sedikit demi sedikit sehingga kuning keemasan.
  4. Dengan lebihan mentega, saute bawang merah dan cendawan selama beberapa minit.
  5. Masukkan yogurt, puri tomato dan bahan-bahan perasa.
  6. Gaul rata bersama daging goreng dan hias bersama daun ketumbar, sedia dihidang.
  7. Boleh dihidang bersama nasi mentega, pasta atau kentang lenyek.
Method
Tips

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 15% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg