Sup Ayam Air Kelapa

45 minit

10 Hidangan

Sup ayam yang berkhasiat, enak dan penuh berperisa dengan kemanisan semula jadi daripada air kelapa untuk menghangatkan Tahun Baru Cina anda.

1 liter | Air kelapa |
1 liter | Air |
½ ekor | Ayam, dibersihkan dan dipotong (anggaran 600 g) |
10 biji | Kurma merah cina, dipotong separuh dan dibuang biji |
2 hiris | Halia |
1 sudu besar | TUMIX® Perencah Pati Ayam |
10 g | Beri goji kering, direndam air sehingga lembut |

- Tuangkan air kelapa dan air dalam periuk dan biar mendidih.
- Masukkan ayam, kurma merah cina dan halia. Letakkan penutup kemudian masak selama 30 minit dengan api sederhana.
- Buangkan buih dan minyak yang timbul di atas semasa separuh masak.
- Perasa dengan TUMIX® Perencah Pati Ayam.
- Masukkan beri goji dan biar mereneh selama 5 minit.
- Sedia untuk dihidang.


