Sup Bebola Tepung Pulut Bersama Kulat Putih, Kurma Merah dan Longan


10 Hidangan

Sup Bebola Tepung Pulut adalah pencuci mulut tradisi golongan Cina yang sihat dan mudah untuk dibuat di rumah. Tunggu apa lagi? Mari cuba resepinya.

Bahan-bahan A:
100 g | Tepung pulut |
100 g | Keledek ungu, dikukus dan dikisar |
80 ml | Air |
Bahan-bahan B:
300 g | Tepung pulut |
100 g | Labu, dikukus dan dilenyek |
Bahan-bahan C:
100 g | Tepung pulut |
100 ml | Air |
Bahan-bahan D:
3 liter | Air |
20 g | Kulat putih kering, direndam selama 4 jam |
24 nos | Kurma merah |
30 g | Longan kering |
2 keping | Daun pandan, diikat |
13 paket | Pal-Sweet® |

- Adun dan uli semua bahan-bahan bebola tepung pulut dalam bekas berasingan sehingga doh menjadi licin.
- Rol doh menjadi bebola kecil dan didihkan sehingga terapung.Tapis bebola tepung pulut.
- Satukan air, kulat putih kering, kurma merah, longan dan daun pandan. Didihkan.
- Tutupkan api dapur, tambahkan Pal-Sweet®. Gaul rata.
- Masukkan bebola tepung pulut kedalam sup dan sedia untuk dihidang.


