Sup Ekor Istimewa

Sup Ekor Istimewa
Description
Keterangan Resipi

Sup Ekor Istimewa

Ingredients
Bahan-bahan
1 kg Ekor lembu, dipotong ketulan besar
2 liter Air
1 batang (besar) Lobak merah, dipotong dadu
2 biji Ubi kentang, dipotong dadu

Bahan-bahan A: dikisar

6 ulas Bawang putih
10 biji Bawang merah
2 inci (ketul) Halia
4 biji Cili padi
1 tangkai Serai

Bahan-bahan B:

2 sudu besar Perencah Pati Ayam TUMIX®
1 sudu besar Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®
2 sudu besar Serbuk ketumbar (secara pilihan)
1 bunjut Sup Bunjut
2 helai Daun salam
4 biji Bunga cengkih
2 inci (ketul) Kulit kayu manis
1 sudu teh Jintan manis
1 sudu teh Jintan putih
2 biji Bunga lawang

Bahan-bahan C: hiasan

Sedikit Daun sup, dicincang
Sedikit Daun bawang, dicincang
Sedikit Bawang goreng
Method
Cara Menyediakan
  1. Didih air di dalam periuk, masukkan ekor lembu dan didih selama 5 minit. Buangkan air rebusan dan ketepikan ekor lembu.
  2. Di dalam periuk, masukkan 2 liter air, ekor lembu tadi dan semua bahan (A) dan (B). Reneh sehingga daging lembut.  Tambahkan air dan terus masak jika daging masih lagi liat.
  3. Masukkan lobak merah dan kentang. Biarkan hingga lobak merah dan kentang masak.
  4. Sendukkan sup ke dalam mangkuk, hias dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg