Sup Tauhu Makanan Laut
Keterangan Resipi
Kuah Tauhu Makanan Laut ialah sejenis masakan yang unik, ia menggabungkan pelbagai jenis masakan laut dan dimasak bersama tauhu. AJI-NO-MOTO® menambahkan rasa makanan laut menjadikan kuahnya lebih enak rasa.
Bahan-bahan
300g (1 kotak) | Tauhu (dipotong dadu) |
100g | Cendawan Enoki (dibuang akar) |
200g | Udang Bersaiz Sederhana (dibuang kulit) |
200g | Isi Ketam |
100g | Kapis (dipotong dadu) |
2 sudu besar | Kicap |
1 sudu besar | Minyak Bijan |
1.5 liter | Air |
Bahan-bahan A:
3/4 sudu teh | AJI-NO-MOTO® |
1 sudu teh | Pati Ikan Bilis TUMIX® |
1/2 sudu teh | Lada Berperisa AJI-SHIO® |
1 sudu teh | Garam |
Bahan-bahan B:
4 sudu besar | Tepung ubi kentang |
4 sudu besar | Air |
(Gaul hingga sebati) |
Cara Menyediakan
- Tuangkan 1.5 liter air ke dalam periuk. Masak sehingga air mendidih.
- Apabila air masak, masukkan tauhu, cendawan enoki, udang, ketam dan kapis.
- Kacau and gaulkan secara perlahan
- Tambahkan campuran bahan-bahan A dan kicap. Reneh dengan api perlahan.
- Tuangkan bahan-bahan B ke dalam periuk secara perlahan-lahan.
- Tambahkan sedikit minyak bijan dan kacau sebentar.
- Sedia untuk dihidangkan.
Tip: Sup tauhu boleh dimasak terlebih dahulu. Panaskan sebelum dihidangkan.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
TUMIX® Anchovy Stock Recipes