Tako (Ta Koa Med Bou – Pencuci Mulut Thailand)

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi


Tako (Ta Koa Med Bou – Pencuci Mulut Thailand)

Bahan-bahan A:
3 sudu besar | Serbuk ‘arrow root’ |
1 ½ sudu besar | Jus pandan pekat |
250 ml | Air |
80 g | Gula |
4 paket | Pemanis Pal-Sweet® |
5 helai | Daun pandan, di buat acuan |
6 biji | Sengkuang Cina, dibuang kulit dan potong kuib kecil |
Bahan-bahan B: bahagian atas
300 g | Kelapa parut, diperah untuk dapatkan 3 cawan santan pekat |
1 sudu besar | Tepung beras |
1 sudu besar | Tepung jagung |
¼ sudu kecil | Garam |

1.
Didihkan serbuk ‘arrow root’, jus pandan dan gula, kacau sehingga campuran menjadi pekat.
2.
Masukkan sengkuang dan kacau sekata. Tutup api.
3.
Masukkan Pemanis Pal-Sweet® dan kacau rata.
4.
Tuangkan campuran ke dalam acuan daun pandan. Sejukkan di dalam peti sejuk.
5.
Didihkan semua bahan-bahan (B) sehingga pekat dan tuangkan ke atas campuran sengkuang dan sejukkan sehingga keras.
Disqus comment