Tat Keju Cendawan dan Bawang

Tat Keju Cendawan dan Bawang
Description
Keterangan Resipi

Resepi Tat Keju Cendawan dan Bawang ini penuh dengan rasa umami daripada bawang karamel, aneka cendawan dan keju. Penyediaan snek yang sihat ini juga mudah disediakan.

Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan: inti

4 sudu besar Minyak zaitun
1 biji Bawang kuning, besar
50 g Cendawan tiram
50 g Cendawan shitake
50 g Cendawan butang
½ sudu kecil Garam
½ sudu kecil Lada Berperisa AJI-SHIO®
1 sudu besar Daun thyme segar, dicincang
4 Telur
1 cawan Susu cair
50 g Keju mozarela, diparut

Bahan-bahan: doh pai

130 g Tepung
20 g Lelemak sayuran
70 g Mentega
½ sudu kecil Garam
30 g Air sejuk
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan 2 sudu besar minyak zaitun, tumis bawang sehingga kuning keemasan. Ketepikan.
  2. Gunakan kuali yang sama, panaskan 2 sudu besar minyak zaitun, tumis semua cendawan sehingga kering dan sikit perang.
  3. Masukkan bawang yang telah ditumis, garam, Lada Berperisa AJI-SHIO® dan daun thyme. Gaul rata dan tutupkan api.
  4. Pukul telur dan susu hingga rata, ketepikan.
  5. Untuk membuat doh pai, campur tepung, lelemak, mentega dan garam.
  6. Tambah air sejuk yang secukupnya untuk membentuk doh. Gaul sekata.
  7. Simpan doh dalam peti sejuk seketika. Panaskan ketuhar pada suhu 180’Celsius.
  8. Ratakan doh pada acuan, cucuk dengan garpu dan bakar selama 10 – 15 minit atau sehingga menjadi keras. Ketepikan dan biarkan sejuk.
  9. Masukkan inti dan campuran telur ke dalam kulit tat, kemudian tabur sedikit keju.
  10. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga permukaan mula perang.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg