Taugeh Goreng bersama Ikan Bilis dan Kucai

20 minit

5 Servings

Menu kegemaran di rumah kerana rasa yang lazat, mudah disediakan dan bahan-bahan juga murah dan mudah didapati.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
80.4 kcal

Carbohydrate
3.8 g

Protein
6.4 g

Fat
4.4 g

Sodium
240.9 mg

Bahan-bahan:
1 sudu besar | Minyak masak |
1/2 biji | Bawang merah, dihiris |
2 ulas | Bawang putih, dihiris |
3 sudu besar | Ikan bilis, ditumbuk kasar |
300 g | Taugeh |
40 g | Kucai |
1/2 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
1/4 sudu kecil | Garam |
2 sudu besar | Air (pilihan) |

- Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga kuning keemasan. Asingkan separuh, ketepikan.
- Masukkan taugeh dan kucai, kacau rata.
- Masukkan AJI-NO-MOTO®, garam dan air.
- Masukkan separuh bahan tumisan tadi, kacau rata, kacau sekata.
- Dihidang panas.

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 13% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.


