Tauhu Bergedil dan Sambal Kicap

Resepi Tauhu Bergedil dan Sambal Kicap yang Sedap
recipe-cook-time
6 orang
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Resepi Tauhu Bergedil bersama Sambal Kicap ini pasti menjadi makanan kudapan yang menarik untuk dijamu kepada keluarga dan tetamu kerana isinya yang penuh dengan campuran kentang, isi ayam dan bahan terpilih.

Tauhu Bergedil adalah makanan yang lazat dan penuh protein yang sesuai untuk hidangan yang cepat dan mudah. Dibuat dengan hanya beberapa bahan mudah, hidangan ini boleh disajikan dalam masa yang singkat.

Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan A: inti

Secukupya Minyak masak
200 g Isi ayam, dicincang
½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
2 biji Kentang russet, dibuang kulit dan di potong nipis
1 batang Daun bawang, dihiris
4 sudu besar Bawang goreng
2 ½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa

Bahan-bahan B:

18 Tauhu goreng
2 Telur, dipukul
½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
8 Cili padi, dihiris

Bahan-bahan C: sambal kicap

10 batang Cili padi
2 ulas Bawang putih
½ cawan Kicap manis
1 sudu kecil Jus limau nipis
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumiskan isi ayam.
  2. Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa, kacau sehingga masak. Ketepikan.
  3. Panaskan secukupnya minyak masak, gorengkan kentang sehingga lembut dengan api perlahan.
  4. Lenyekkan kentang sehingga lumat.
  5. Masukkan isi ayam, daun bawang, bawang goreng dan AJI-SHIO® Lada Berperisa. Gaul sehingga sebati.
  6. Potong permukaan tauhu kering dan masukkan inti kedalam tauhu.
  7. Pukul telur bersama AJI-SHIO® Lada Berperisa.
  8. Salutkan tauhu dengan bancuhan telur dan goreng sehingga keperangan.
  9. Untuk membuat sos, kisarkan kesemua bahan (C) sehingga lumat.
  10. Taburkan cili padi pada tauhu. Sedia untuk dihidang.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg