Tauhu Berinti Kukus Bersama Kuah Kekapis Kering
45 minit
10 Hidangan

Tauhu yang enak digoreng hingga keemasan dengan inti ayam cincang dan bahan-bahan lain yang enak bersama kuah kekapis kering yang istimewa.

Bahan-bahan: Tauhu Berinti
| 3 blok | Tauhu himpit jepun, dipotong kepada 4 setiap satu |
| 200 g | Ayam cincang |
| 1 inci | Halia, dicincang halus |
| 25 g | Daun bawang, dicincang |
| 25 g | Cendawan shiitake, dicincang |
| 50 g | Lobak merah, dipotong dadu kecil |
| 25 g | Buah berangan air, dicincang |
| 15 g | Kulat hitam, dicincang |
| ⅛ sudu kecil | Serbuk lima rempah |
| ½ sudu besar | Sos tiram |
| ¼ sudu besar | Tepung jagung, dicampur bersama 1 sudu besar air |
| ½ sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
| 1 sudu kecil | Garam |
Bahan-bahan: Kuah
| 1 sudu kecil | Kicap cair |
| 1 sudu kecil | Sos tiram |
| 500 ml | Air |
| 1 sudu besar | Minyak masak |
| 30 g | Kekapis kering, direndam air panas selama 20 minit dan dileraikan |
| ½ sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
| ½ sudu kecil | Garam |
| 3 sudu kecil | Tepung jagung, dicampur 3 sudu besar air |

Cara menyediakan 1
- Goreng tauhu hingga perang keemasan. Biarkan ia sejuk dan potong bentuk segi empat tepat di tengah. Kikis bahagian dalam tauhu dan ketepikan kedua-dua blok tauhu dan bahagian dalam tauhu.
- Campurkan kesemua bahan-bahan lain dan bahagian dalam tauhu hingga rata dan perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam.
- Masukkan adunan ke dalam blok tauhu dan kukus selama 10-15 minit atau sehingga inti masak.
Cara menyediakan 2
- Campurkan kicap cair, sos tiram dan air dalam mangkuk. Ketepikan.
- Panaskan minyak masak dan tumis kekapis kering hingga keperangan dan naik bau.
- Masukkan campuran kuah, gaul rata dan perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam.
- Tutup api dan tuang bancuhan tepung jagung sambil dikacau. Hidupkan api dan renehkan sehingga sos sedikit pekat.
- Tuangkan ke atas tauhu berinti kukus dan hidangkan panas.



